top of page

Terma & Syarat

 

  • Terma dan syarat ini hendaklah digunakan untuk semua kontrak yang dibuat antara Aziz's Homestay @ UTM, Skudai dengan penyewa-penyewa Aziz's Homestay @ UTM, Skudai

  • Beragama Islam

  • Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

  • Menjaga kebersihan dan kawasan persekitaran Aziz's Homestay @ UTM, Skudai

  • Menggunakan kemudahan yang disediakan sama ada di homestay dengan cara berhemah.

  • Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di  Aziz's Homestay @ UTM Skudai.

  • Keselamatan penyewa dan tanggungan mereka selama menginap di Aziz's Homestay @ UTM, Skudai adalah di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Kecederaan dan kemalangan semasa menginap di premis adalah di bawah tanggungjawap penyewa. Penyewa tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi daripada pihak pengurusan Aziz's Homestay @ UTM, Skudai akibat kemalangan atau kecederaan yang penyewa dan tanggungan mereka alami semasa menginap di premis ini.

  • Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga. Pihak Aziz's Homestay @ UTM, Skudai tidak akan bertanggungjawab atas kerugian hartabenda akibat kegagalan mematuhi arahan mengunci kediaman.

  • Kadar sewa asas akan berubah dari semasa ke semasa.

  • Cara tempahan: Deposit RM50/malam

  • Bayaran deposit RM50/malam semasa tempahan dan baki sepenuhnya hendaklah dibayar secara tunai semasa penyerahan kunci daftar masuk.

  • Bayaran deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak penyewa.

  • Daftar masuk bermula pukul 2.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari.

  • Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa  dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi.

  • Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan premis (ruang tamu, bilik tidur, bilik air, ruang makan dan dapur).

  • Semua kegiatan tidak bermoral, salah laku termasuk minum arak adalah dilarang di dalam premis.

  • Penyewa adalah dikehendaki untuk membaca Terma dan Syarat ini sebagai kontrak keatas penyewa sebelum daftar masuk.

  • Kegagalan mematuhi larangan boleh menyebabkan pihak pengurusan Aziz's Homestay @ UTM, Skudai membatalkan penginapan dan tiada bayaran kembali akan dibuat.

bottom of page